Masanid dan Musnad
Masanid dan Musnad
Kitab
Musnad/Masanid (jamak); adalah Kitab Hadis yang disusun berdasarkan nama-nama
sahabat yang meriwayatkan Hadis. Biasanya dimulai dengan nama shabat yang
pertama kali masuk Islam atau menyesuaikan dengan urutan abjad.
Imam Ahmad yang menulis musnad telah mendahulukan Hadis-hadis Abu
Bakar daripada Hadis-hadis sahabat yang lain.
Di antara cara penyusunan musnad adalah:
memuat Hadis-hadis tentang 10
orang sahabat yang dijamin masuk syurga, atau tentang khalifah yang empat.
mengurutkan siapa yang lebih
dahulu yang memeluk Islam.
Dengan
melihat siapakah ahli Badar/ Hudaibiah dahulu.
Dengan
melihat siapakah yang memeluk Islam terlebih dahulu ketika Pembukaan Mekah.
Dengan melihat lelaki
dahulu perlu diutamakan. Tetapi dari kalangan wanita pula isteri-isteri nabi
diutamakan terlebih dahulu.
 Dengan
melihat jenis qabilah (qabilah bani Hasyim didahulukan).
Di dalam musnad
jumlah Hadis tidak dibatasi jumlahnya. Ia cuma mengumpulkan sebanyak mungkin
Hadis-hadis yang menerangkan tentang sesuatu perkara. 
Namun begitu musnad
yang paling sahih adalah Musnad Ahmad kerana beliau telah menyaring
Hadis-hadisnya. Kebanyakan ulama salaf menulis Hadis-hadis dalam bentuk musnad.
Musnad Abad ke-3 Hijriyah:
                 
Musnad Abu Daud Ath- Thayalisi;
                 
Musnad Imam Ahmad bin Hambal;
                 
Musnad Ahmad bin Amru Al-Bazzar;
                 
Musnad Al-Kabir Baqi bin Makhlad;
                 
Musnad Ishak bin Rahawaih;
                 
Musnad Ibnu Abi  ‘Amri 
                 
Musnad Ibrahim bin Askari;
                 
Musnad Musaddad bin Mushardin.
                 
Musnad
Abu Ya’la Al-Maushili;
                 
Musnad
Al-Humaidi;
                 
Musnad
Ibnu Rahawaih;
                 
Musnad
Ubaidulah bin Musa
                 
Musnad
Ibnu Abi Musa;
                 
Musnad
Ibnu Abi Ashim;
                 
Musnad
An-Nasa’I;
                 
Musnad
Ibrahim bin Isma’il


Posting Komentar untuk "Masanid dan Musnad"